Mengidam snek yang rangup, pedas, dan sedapppp?😋 Try la resepi Karipap kegemaran ramai ni! Hidangan minum petang yang lazat dibuat dengan minyak Mazola, sekali cuba pasti nak lagi!🥟
BAHAN-BAHAN
Minyak Mazola
5g garam
220g tepung gandum
370ml air
1 sudu besar bawang merah,hiris
2 ulas bawang putih,kisar
5g udang kering,kisar
1 tangkai daun kari
1 1⁄2 sudu kecil serbuk kari
320g kentang, potong dadu
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan garam dan tepung dalam mangkuk. Ketepikan.
- Panaskan minyak Mazola 120ml dalam kuali dengan api yang tinggi. Tuangkan minyak panas ke dalam adunan tepung. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan 70ml air dan uli hingga menjadi doh. Letakkan doh di dalam peti sejuk.
- Tumis bawang besar yang dihiris dan bawang putih yang dikisar bersama minyak hingga naik bau. Masukkan udang kering yang telah dikisar, daun kari dan serbuk kari. Kemudian, masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Masukkan baki 300ml air dan reneh dengan api perlahan sehingga kentang empuk.
- Bahagikan doh kepada bebola kira-kira 35g setiap satu. Ratakan doh dengan penggolek doh sehingga tebal 0.2cm. Letakkan inti kentang di tengah-tengah doh.
- Lipat doh separuh untuk membentuk separuh bulatan. Cubit/kelim tepi doh bersama untuk mengelakkan inti daripada terkeluar.
- Goreng karipap dengan api sederhana hingga kekuningan. Hidangkan semasa panas.