❤️ Pencuci mulut lembut, gebu, manis dan sihat sesuai untuk anda dan keluarga! 😍😋 Cuba resipi Kek Gula Perang Kukus dengan Minyak Kanola Mazola kami. 👍💯 Sedap, sihat dan sangat ringkas, anda boleh menyediakannya untuk orang tersayang pada bila-bila masa sepanjang hari! ❤️
BAHAN-BAHAN
Bahan basah:
- 5 biji telur bersaiz besar – kira-kira 50 gram setiap satu
- 180g gula perang
- 110g Minyak Kanola Mazola
- 130g Susu – boleh guna susu skim atau rendah lemak
Bahan Kering:
- 280g tepung kek
- 25g tepung jagung
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 1/4 sudu kecil garam
Alatan:
- 7×3 inci Loyang Bulat
- Pengukus
CARA PENYEDIAAN
- Gaulkan bahan kering dan ketepikan.
- Dalam mangkuk adunan besar, pukul telur hingga kembang dengan mixer pada kelajuan tinggi selama 5 minit. Masukkan gula, minyak dan susu dan teruskan pukul hingga rata.
- Guna spatula getah untuk masukkan 1/3 adunan tepung kemudian satukan dan campurkan 1/3 lagi sehingga habis. Jangan kacau tepung secara berlebihan. Kacau sehingga sebati dan tiada lagi tepung yang cair kelihatan.
- Alas loyang dengan kertas parchment. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 30 minit.
- Sediakan pengukus anda dan masak air sehingga mendidih. Masukkan loyang kedalam pengukus dan biarkan selama 35 minit.
- Keluarkan dari pengukus. Biarkan ia sejuk sedikit dan boleh dihidangkan suam atau suhu bilik.