You are currently viewing Nasi Goreng Vegan

Nasi Goreng Vegan

Resipi vegetarian mudah untuk semua, Nasi Goreng Vegan🍽 Bukan saja sedap, ia juga juga sihat!😋 Vegetarian dan Non-Vegetarian boleh cuba resipi ini di rumah. Resipi untuk pembaca semua dan jangan lupa untuk menggunakan minyak masak MAZOLA untuk masakan yang lebih sihat. Selamat mencuba!🥰

BAHAN-BAHAN

Bahan ‘Scrambled Tofu’:

  • 2 sudu kecil minyak Mazola
  • 1/2 pek sederhana-lembut tofu(sekitar 200g) 
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit 
  • 1/4 sudu kecil kicap 

Bahan Nasi Goreng:

  • 1 cawan nasi perang, dimasak seperti biasa(terpulang cita rasa) 
  • 2 sudu kecil minyak MAZOLA 
  • 1 bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 lobak merah(dipotong bentuk kiub) 
  • 1 batang sup saderi ( dipotong bentuk kiub) 
  • 1/2 cawan kacang pis 
  • 1 sudu besar kicap soya 
  • 1 sudu kecil minyak bijan 
  • 1 sudu besar sos tiram vegetarian(boleh gunakan sos hoisin) 
  • 1 sudu kecil sriracha

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali pada suhu sederhana-tinggi.
  2. Hancurkan tofu dan masukkan kedalam kuali; masak 2 ke 3 minit setiap belah.
  3. Masukkan kunyit dan kicap soya dan gaul.
  4. Keluarkan tofu daripada kuali dan biarkan.
  5. Panaskan 2 sudu kecil minyak kedalam kuali, masukkan bawang besar dan masak selama 2 minit.
  6. Masukkan bawang putih, batang saderi dan lobak merah dan masak selama 4 ke 5 minit pada suhu sederhana dan masak sehingga lobak merah menjadi lembut
  7. Masukkan kacang pis, nasi perang, kicap soya, sos tiram vegetarian, minyak bijan, ‘scrambled tofu’ dan sriracha. Gaul sehingga sebati.
  8. Teruskan memasak selama 1 ke 2 minit untuk bahagian bawah menjadi sedikit garing. Masukkan ke dalam pinggan dan siap!

Nikmati Nasi Goreng Vegan yang enak!🍽✨