Udang Goreng Butter adalah resipi popular yang berasal dari Malaysia. Rasa masakan eksotik dan unik ini bukan saja masin manis, ia juga pedas dan kaya dengan aroma butter dan bawang putih. 🤩 Hidangan ini sangat mudah dimasak. Pastikan anda mengguna minyak MAZOLA untuk hidangan yang lebih sihat setiap hari! 💖😁 Marilah cuba resipi ini bersama MAZOLA!
BAHAN-BAHAN
- 400g Udang
- 1 sudu besar minyak MAZOLA
- 3 sudu besar Butter tanpa garam
- 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 3 tangkai daun kari (daun sahaja)
- 1 – 2 biji cili api kecil ditumbuk (bahan tidak wajib)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu teh gula
- sedikit lada hitam kisar
- 6 sudu besar kelapa parut (goreng sehingga kering dan perang keemasan)
CARA PENYEDIAAN
- Potong dan buangkan bahagian mata udang. Biarkan bahagian kepala dan kulitnya. Gunting semua kaki udang dan belah bahagian belakangnya untuk keluarkan urat. Keringkan air berlebihan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga kulitnya menjadi putih tetapi tidak masak sepenuhnya. Keluarkan dari kuali dan ditepikan.
- Cairkan mentega dan masukkan daun kari, bawang putih dan cili api (Bahan tidak wajib). Tumis selama 1 minit atau sehingga beraroma. Selepas itu, masukkan udang, sos tiram, gula, kelapa parut dan lada hitam. Gaul sehingga sebati dengan menggunakan api besar selama 1 – 2 minit dan hidangan ini sedia untuk dinikmati! 💖