You are currently viewing Bak Chang Ayam

Bak Chang Ayam

Resipi ini datang tepat pada masanya sebelum Festival Bot Naga untuk anda membuat Bak Chang tradisionall! 🤩 Kini anda boleh menarik perhatian keluarga dan rakan dengan Bak Chang yang sedap ini! 😋👍💯

BAHAN-BAHAN

Bahan A

  • 30 helai daun buluh (direndam semalaman & dibersihkan).

Bahan B (ayam) 

  • 450 gm ayam (dipotong dadu)
  • 5 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap cair
  • 2 sudu serbuk lima rempah
  • 2 sudu lada sulah
  • 1 sudu kecil minyak bijan

*bahan-bahan diatas diperap bersama seeloknya semalaman

  • 8 biji cendawan shiitake kering (direndam semalam & dipotong dua)

Bahan-bahan C (pulut) 

  • 500 gm pulut (15pcs)
  • 6 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap cair
  • 2 sudu lada sulah
  • 1 sudu kecik minyak bijan
  • 150 gm kacang tanah (direbus sehingga lembut)
  • 15 ulas bawang merah dipotong halus (digoreng garing )

Bahan D (Inti) 

  • 8 biji kuning telur masin (dipotong dua).
  • 100gm golden mung beans & kacang gram
  • 150 gm udang kering

Bahan E (menumis) 

  • Minyak masak Mazola
  • 5 ulas bawang merah (dipotong halus)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong halus)

*dibahagi dua untuk menumis pulut & ayam

CARA PENYEDIAAN

Memasak ayam:

  1. Masukkan minyak Mazola dan tumis bahan E sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan B yang diperap .
  2. Masukkan sedikit air rendaman shiitake mushroom, masak sehingga pekat. Masukkan garam & gula secukup rasa (masukkan sos tiram & kicap pekat mengikut selera)

Memasak pulut:

  1. Masukkan sedikit minyak Mazola kemudian tumis bahan E sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan pulut dan semua bahan C,masukkan sedikit air rendaman cendawan dan goreng sehingga sebati. Lalu masukkan bawang goreng dan gaul.

Cara membalut:

  1. Ambil 2 dua daun buluh dan buat bentuk kon. Masukkan pulut pastikan tekan2 sedikit.
  2. Masukkan inti , ayam, cendawan shiitake, udang kering , kacang gramm & telur kuning masin. 
  3. Tutup daun buluh dan bentukkan piramid. Ikat kuih chang dgn kemas.

Cara merebus:

  1. Masukkan air secukupnya dan rebus Bak Chang selama 3 jam. Jangan lupa menambah air bila kering, Bak Chang yang siap direbus digantung untuk keringkan ini membantu supaya ia tahan lama.